Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta mendaftar aplikasi BSN secara atas talian.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuat sebarang transaksi perbankan secara atas talian dengan mudah tanpa perlu ke kaunter bank. Petugas memberi tunjuk ajar dengan mengarahkan peserta membuka laman sesawang myBSN untuk pendaftaran kali pertama. Peserta diminta mengisi segala maklumat perbankan yang dipinta kemudian peserta perlu membina kata laluan untuk log in aplikasi BSN online. Setelah itu, peserta dikehendaki menjawab 5 soalan keselamatan sebagai langkah sandaran sekiranya peserta terlupa kata laluan kelak.  

Gambar Disini