Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta menambah pengetahuan tentang cara mengawet makanan dengan cara yang betul.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui tentang perkara asas dalam pengawetan makanan dan teknik yang betul. Petugas mengarahkan peserta untuk membuka zoom meeting bagi menyertai kursus awet makanan secara atas talian. Kursus ini diadakan dengan kerjasama daripada syarikat NB Food Specialist Centre dan juga MARDI. Petugas diberi taklimat tentang perkara asas dalam pengawetan makanan, perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang perlu dielakan ketika mengawet makanan. Langkah-langkah secara terperinci diberikan kepada peserta.