Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta untuk menyemak penyata gaji bulanan secara atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, dapat memudahkan peserta untuk menyemak dan memuat turun penyata gaji bulanan bagi tujuan tertentu. Petugas membantu peserta untuk mendaftar id dan kata laluan di laman sesawang rasmi iPEKS. Petugas memberi tips untuk membuat kata laluan yang mudah untuk peserta ingat tetapi mempunyai ciri-ciri keselamatan yang kuat. Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna, peserta diberi tunjuk ajar untuk menyemak dan memuat turun penyata gaji bulanan serta mencetak. |