Tujuan Latihan ini bertujuan mengajar peserta cara-cara untuk mendaftar pekerjaan penjawat awam di dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta carian kerja di atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, petugas dapat membantu golongan belia lepasan SPM untuk mengisi borang permohonan pencarian kerja secara atas talian dengan betul. Dengan ini, dapat memudahkan urusan belia dalam mencari peluang pekerjaan untuk mereka. Peserta diberitahu berkenaan laman web yang boleh digunakan untuk mencari kerja. Laman web utama ialah www.spa.gov.my dan Jobsmalaysia. Peserta ditunjuk ajar cara untuk mendaftar dan mencari kerja dalam laman web tersebut. Seterusnya peserta juga diajar untuk mencari kerja secara rawak mengunakan enjin carian google. |