Tujuan 

Program Klik dengan Bijak diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada peserta tentang penggunaan Internet secara berhemah serta perbincangan isu isu semasa berkaitan Internet.

 

Aktiviti 

Dengan kerjasama dari pihak Perpustakaan Desa Kg Jambu Rias, PEDi Kg Jambu Rias telah berjaya membuat Program Klik Dengan Bijak bersama sama dengan komuniti setempat. Program telah berlangsung bermula dari pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang dengan melibatkan seramai 16 orang peserta.

  • Petugas PEDi memulakan program dengan memberikan penerangan tentang penggunaan gajet secara bijak, maklumat palsu, dan cara-cara mengatasi isu-isu dalam talian seperti ‘Child Grooming”, “Cyber Bully”, Penipuan Atas Talian dan “Cyber Stalking”.
  • Setelah selesai, petugas memberi Kuiz KDB kepada peserta bagi meningkatkan kefahaman tentang topik yang telah dibincangkan.
  • Program ini juga turut menyediakan kelas latihan surat kiriman rasmi yang diajar oleh Cikgu Siti Fatimah dari Sekolah SK Jambu Rias dan dibantu oleh petugas PEDi. Cikgu Siti telah memberi penerangan tentang cara menulis surat dengan menggunakan format dan struktur ayat yang betul kepada peserta. Antara contoh surat yang dibuat adalah surat tidak hadir ke sekolah.

Pada akhir aktiviti, petugas PEDi dan petugas perpustakaan membuat penyampiaan hadiah untuk diberikan kepada pemenang pertandingan serta kesemua peserta yang hadir kerana telah memberi penuh komitmen sepanjang program ini berlangsung.

Gambar Disini