Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat permohonan Pra Sekolah secara atas talian dan membuat kata laluan email yang baru.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini dengan bantuan petugas, peserta dapat membuka semula email yang lama dengan membuat kata laluan yang baru serta peserta dapat membuat permohonan Pra Sekolah secara atas talian dengan lancar. Petugas membantu peserta membuat kata laluan email yang baru kerana peserta sudah terlupa kata laluan yang lama. Setelah berjaya membuat kata laluan email yang baru, peserta kemudian membuat permohonan Pra Sekolah bagi sesi 2024/2025. Peserta diminta memasukkan maklumat ibu bapa dan anak dibawah jagaan mereka serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan.

Gambar Disini