Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta menaip dengan lebih pantas dan sempena bulan kemerdekaan petugas mengadakan game Bingo Merdeka. |
|
Aktiviti |
|
Latihan menaip melalui aplikasi Rapid Typing membantu peserta mempelajari cara menaip dengan lebih efisien dimana peserta tahu menggerakkan jari dengan pantas. Selain itu, petugas juga mengadakan game bingo bertemakan kemerdekaan untuk menguji pengetahuan peserta tentang sejarah kemerdekaan Malaysia. Latihan ini dimulai dengan peserta membuka aplikasi Rapid Typing untuk mempelajari cara menaip. Peserta diberi beberapa latihan supaya dapat melatih jari mereka bergerak dengan lebih pantas mengikut abjad yang tertera di screen. Kemudian, petugas memberi contoh cerita pendek beserta gambar untuk para peserta menaip semula di komputer masing-masing menggunakan Ms Word. Setelah selesai latihan menaip, peserta seterusnya bermain permainan pendidikan iaitu Bingo Merdeka dengan mencari beberapa perkataan berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia. |