Tujuan 

Latihan ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kepada komuniti setempat dengan Pertandingan Mewarna Merdeka pelbagai kategori

 

Aktiviti 

Melalui pertandingan ini, dapat menghimpunkan komuniti setempat, bersama-sama mewarna dan menyanyi lagu kemerdekaan dengan pelbagai lapisan umur.  Program ini bermula dengan Pertandingan Mewarna Merdeka. Terbahagi kepada empat kategori iaitu Pra Sekolah, Sekolah Rendah Tahap 1 & 2, serta kategori dewasa. Peserta terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan juga ibu-ibu. Setelah selesai pertandingan mewarna dan penyerahan hadiah kepada pemenang juga saguhati kepada peserta yang hadir, mereka semua berdiri untuk menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan sambil mengibarkan bendera.

Gambar Disini