Tujuan 

Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti 

Latihan STEM ini adalah salah satu aktiviti sains dan teknologi yang diterapkan dalam silibus pembelajaran Sekolah Rendah dalam Subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Aktiviti ini dapat menggalakkan peserta mencipta dan berfikir dari luar kotak pemikiran. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah menghasilkan tangan robotik yang berupaya bergerak seperti tangan manusia. Bahan yang digunakan untuk menyerupai struktur tulang adalah straw dan benang pula dijadikan sebagai alat penggerak sistem tulang rangka. Setelah tangan robotik setiap peserta siap dibuat, peserta menguji kaji dengan menggerakkan dan menggenggam objek.

Gambar Disini