Tujuan Latihan ini bertujuan ingin memupuk minat pembelajaran sains dan teknologi dalam kalangan peserta |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini, peserta dapat belajar teknologi fotografi yang merakam cahaya yang tersebar dari suatu objek dan dapat melihat objek secara 3D seperti manusia, kartun, binatang, robot dan sebagainya. Projek STEM yang dilakukan oleh peserta adalah ingin menghasilkan model berbentuk trapezium dengan menggunakan kertas keras lutsinar supaya dapat menghasilkan 3D hologram. Peserta menggunting 4 keping bentuk trapezium lalu mencantumkannya menggunakan solatip. Setelah itu, peserta mengambil tablet untuk membuka video objek 3D hologram, kemudian meletakkan alat model ke atas tablet tersebut. Peserta begitu teruja melihat hasil projek mereka dan dapat melihat objek secara 3D. |