Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam mengembangkan perniagaan beliau dengan menjalankan perniagaan atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini, peserta dapat memahirkan penggunaan aplikasi Shopee untuk berniaga atas talian.Program bermula jam 2.30 petang yang dihadiri 10 orang peserta terdiri daripada usaahwan wanita. Program ini adalah untuk memberi pendedahan penggunaan aplikasi Shopee dalam perniagaan dalam talian. Modul yang diajar sepanjang kelas adalah pengenalan kepada aplikasi Shopee, pembukaan akaun Shopee, strategi pemasaran dan pengurusan pemprosesan penjualan. Peserta juga diberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai ilmu tambahan. |