Tujuan Latihan ini bertujuan membantu para pelajar mahir menaip, tahu tentang konsep magnet dan spring serta kesedaran tentang buli siber. |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari cara menaip dengan cepat melalui aplikasi atas talian. Selain itu, peserta diberi pendedahan tentang buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi atas talian bagi melatih jari untuk menaip dengan lebih pantas. Setelah itu, peserta diminta untuk menaip semula text tentang sahabat karib di Ms Word bagi melihat peningkatan tahap kelancaran para peserta menaip. Kemudian, petugas menunjukkan ekperimen tentang konsep magnet dan spring kepada peserta. Akhir sekali para peserta bermainan word search KDB. |