Tujuan Latihan ini bertujuan mempelajari asas animasi bergerak menggunakan Ms Power Point. |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini, peserta dapat menghasilkan animasi yang menarik dan sangat membantu jika ingin membuat sesuatu slide presentasi. Latihan ini dimulakan dengan memberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Peserta diberi tugasan untuk mencari gambar (gif) di internet dan menyimpan di dalam folder. Petugas menunjukkan cara satu-persatu untuk membuat animasi kepada peserta. |