Tujuan 

memberi taklimat tentang perlaksanaan program baru iaitu e-Sport@NADI , menyampaikan manfaat menyertai e-Sport@NADI dan memberi taklimat tentang Klik Dengan Bijak berkaitan kebaikan internet

 

Aktiviti 

Melalui taklimat ini, peserta dapat mengetahui terdapat program terbaru di NADI iaitu E-Sport, mereka dapat membuat hobi mereka dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran mereka dengan menyertai pertandingan Mobile Legend. Malahan, dalam bermain game Mobile Legend, dapat membuka mata mereka bahawa internet jika digunakan dengan betul banyak manfaat kepada mereka. Pada 6 Sept 2024 petugas memberi taklimat tentang perlaksanaan E-Sport di NADI, kebaikan dan kelebihan menyertai program tersebut kepada mereka. Mereka diarahkan untuk menubuhkan pasukan masing-masing yang terdiri daripada lima hingga enam peserta dalam satu kumpulan.

Pada 7 Sept 2024 semua peserta diberi taklimat tentang perjalanan pertandingan pada hari tersebut. Sebanyak empat kumpulan berentap bagi merebut tempat juara. Berformatkan pertandingan kalah mati, kumpulan Lengkong Syndicate menjuarai Pertandingan Mobile Legend seterusnya mewakili NADI Kg. Jambu Rias di peringkat Negeri Pahang pada Oktober nanti.

Gambar Disini

Gambar Disini