Tujuan Menguji kefahaman dan pengetahuan tentang rukun negara, menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word dan memberi latihan kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan pengetahuan mereka tentang info berkaitan Malaysia menerusi game word search. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang rukun negara, malahan peserta dapat menambah kemahiran baru dalam menggunakan Microsoft word. Melalui permainan word search atas talian pula, peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Malaysia serta menguji kepantasan daya fikir mereka. Peserta diberi tunjuk ajar cara mencari gambar bunga raya, cara memuat turun gambar tersebut serta cara membuang latar belakang. Setelah selesai, peserta diminta untuk menaip 5 rukun negara di atas setiap kelopak bunga raya tersebut dan mereka perlu menghias mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian mereka diarahkan untuk menyelesaikan permainan word search tentang Malaysia. |