Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan juga seorang peserta orang kurang upaya (OKU). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan juga kesedaran tentang klik dengan bijak ketika melayari internet. Malahan, juga bertujuan untuk memberi pengajaran tentang akibat berkongsi maklumat palsu di sosial media.
   
Aktiviti 

Taklimat ini telah diadakan di dalam bilik latihan Pi1M Kg. Jambu Rias dan melibatkan 10 orang peserta yang bermula dari 2.30 petang hingga 4.30 petang. Petugas memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak iaitu ‘Maklumat Palsu’. Para Pelajar diberi pendedahan tentang akibat berkongsi maklumat palsu. Kemudian petugas juga menayangkan beberapa video pendek yang mengisahkan si perlaku berkongsi maklumat palsu di social media sehingga menyebabkan salah faham dan juga kekecohan antara pengguna laman social.

Gambar Disini