Tujuan 

Pertandingan ini disertai oleh 10 orang peserta pelajar sekolah rendah, Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memahirkan para peserta menggunakan tetikus kerana kebanyakkan daripada mereka tidak pandai menggunakan tetikus.

   

Aktiviti 

Pertandingan ini telah diadakan di dalam bilik latihan Pi1M Kg. Jambu Rias dan melibatkan 10 orang peserta yang bermula dari 3.00 petang hingga 5.00 petang. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta bagaimana untuk mengendalikan tetikus sebelum pertandingan. Kemudian pertandingan dimulakan dengan bimbingan petugas. Malahan ketua kampung, Kampung Jambu Rias iaitu Tn Hj Zainal Bin Yaacob turut hadir bagi melihat dan memberi sokongan kepada para peserta. Kemudian hasil kerja mereka diadili berdasarkan kreativiti dan dari segi penggunaan warna yang pelbagai.

Gambar Disini