Tujuan 

Program dilaksanakan bertujuan bagi menyemai perasaan sayangi tulisan jawi dan bagi memahirkan penulisan harian dalam tulisan jawi dan juga membaca. Selain itu juga, bagi mencungkil bakat para pelajar lelaki mengalunkan azan yang terbaik. Malahan, program ini diselitkan juga dengan Taklimat Klik Dengan Bijak bagi memberi sedikit penerangan tentang penggunaan internet secara positif iaitu dengan melayari internet dengan berhemah.

   

Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas mengenai Klik dengan Bijak tentang penggunaan internet secara positif iaitu dengan melayari internet dengan berhemah. Kemudian pertandingan tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga pertandingan azan dijalankan. Setiap pertandingan dijalankan dengan pemerhatian guru-guru KAFA. Selain itu juga, bagi memeriahkan majlis, terdapat juga pertandingan azan bagi golongan dewasa lelaki diadakan dimana ketua kampung juga melibatkan diri dalam pertandingan ini.

Gambar Disini