Tujuan |
|
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai aplikasi dashboard yang mana dapat memberi mereka pelbagai manfaat. |
|
Aktiviti |
|
Peserta yang hadir mula mendaftar di kaunter pendaftaran. Petugas memberi taklimat dashboard iaitu My Komuniti,My Soal & My Shop. Kemudian petugas memberi taklimat mengenai pertandingan dashboard yang sedang dijalankan dalam aplikasi dashboard dan untuk kanak-kanak pula pertandingan kuiz KDB diadakan. Pada masa yang sama kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dengan menggunakan aplikasi I-Health turut berjalan. Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya memuat turun aplikasi dashboard dan pertandingan kuiz KDB bagi kanak-kanak. |