Tujuan |
|
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih mahir menggunakan Microsoft Power Point terutama dalam menyediakan slide selain mengetahui cara menggunakan simbol,penukaran jenis tulisan,warna dan lain-lain menggunakan komputer. |
|
Aktiviti |
|
Pada jam 2.30 petang bermula kelas Latihan Asas Komputer Power Point yang dikendalikan oleh pengurus Norhidayu Binti MD Derus. Para pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah juga menengah. Mereka diberi tunjuk ajar bagaimana membuat slide berkaitan maklumat diri. Mereka diberi pendedahan bagaimana mahu membuat slide lebih menarik dan juga kreatif. |