Tujuan |
|
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai aplikasi dashboard yang mana dapat memberi mereka pelbagai manfaat selain merapatkan hubungan komuniti setempat melalui pertandingan yang diadakan. |
|
Aktiviti |
|
Peserta yang hadir mula mendaftar di kaunter pendaftaran. Petugas memberi taklimat dashboard iaitu My Komuniti,My Soal & My Shop. Kemudian petugas memberi penerangan tentang KDB kepada peserta selain kuiz-kuiz yang dijalankan untuk kanak-kanak dan dewasa. Pada masa yang sama kaunter pemeriksaan kesihatan percuma dengan menggunakan aplikasi I-Health turut berjalan. Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya memuat turun aplikasi dashboard dan pertandingan kuiz KDB bagi kanak-kanak dan dewasa |