Tujuan |
|
Program diadakan untuk mempromosi pusat internet, mempromosi mobile e-waste dan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para penduduk setempat. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini dapat memupuk kesedaran kepada para komuniti terhadap tujuan dan kemudahan yang disediakan oleh pi1m, membentuk kesedaran kepada penggunaan internet serta pembuangan bahan elektonik seperti telefon yang tidak lagi digunakan dengan cara yang selamat. Pengunjung yang hadir mendaftarkan diri di kaunter pi1m dan kemudian menyertai beberapa aktiviti yang disediakan seperti pertandingan kuiz KDB. Petugas juga memberi taklimat ringkas mengenai kempen mobile ewaste kepada para peserta yang mendaftar. |