Tujuan |
|
Program diadakan untuk mempromosi pusat internet, mempromosi aplikasi dashboard dan Klik Dengan Bijak (KDB) serta mobile e-waste kepada komuniti setempat selain dari fokus kepada pembangunan usahawan dalam bidang ICT |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini,masyarakat dapat mengenali pusat internet dengan lebih dekat dan fungsinya.Selain itu,golongan usahawan dapat mempelajari pelbagai perkara baru dalam bidang ICT dan juga mengenali pelbagai agensi yang dijemput untuk membuat pameran dan demo dengan lebih dekat. Pelbagai pameran dan demo dari beberapa agensi seperti Giat Mara,Kolej Komuniti Bentong,KEMAS,KOSPEN,Perpustakaan Desa, Ur Optical dan Pusat Pertanian Karak telah diadakan.Kuiz dan aktiviti berkaitan KDB dan ICT turut dijalankan seperti Taklimat Dashboard dan KDB,kuiz-kuiz berkaitan,bengkel membuat video dan foto untuk usahawan dan pelbagai lagi diharap mampu memberi impak yg positif kepada masyarakat setempat khususnya. |