Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta untuk menyediakan skrip cerita dalam bahasa English sempena Hari Guru 2018.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas proses untuk membuat skrip cerita bagi sketsa sempena Hari Guru 2018 dalam bahasa English. Peserta juga dapat mengetahui kaedah untuk memastikan ejaan serta ayat yang digunakan betul dan juga bersesuaian dalam sesuatu situasi. Petugas mengarahkan peserta untuk mereka situasi cerita dalam bahasa melayu terlebih dahulu bagi memudahkan peserta untuk menyusun ayat. Kemudian peserta mula membuat ayat dalam beberapa babak menggunakan bahasa English. Peserta juga menggunakan google translate bagi menyemak sama ada ejaan serta ayat yang digunakan adalah betul.