Tujuan 

Pertandingan ini bertujuan melatih kemahiran dan pengetahuan peserta menggunakan Microsoft Publisher.

   

Aktiviti 

Melalui pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta menggunakan Microsoft Publisher dalam mencipta kad ucapan sempena Hari Guru pada 16 Mei. Selain itu, dapat menonjolkan kreativiti peserta dalam mencipta kepelbagaian jenis kad yang menarik dan juga ucapan-ucapan ikhlas kepada guru-guru mereka yang telah banyak menyumbang tenaga dan masa dalam mendidik mereka. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai kriteria kad yang akan dipilih menjadi juara. Peserta diberi kebebasan menggunakan carian Google bagi mencari imej bertemakan guru untuk digunakan dalam kad mereka. Kemudian mereka juga menambah ucapan khas untuk guru-guru mereka yang telah mengajar mereka. Setelah selesai, mereka diadili mengikut kreativiti, penggunaan warna dan ucapan menarik bagi menentukan siapa juara.

Gambar Disini