Tujuan |
|
Latihan ini dijalankan bagi mengajar dan memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk membuat video menarik. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara untuk membuat sesuatu video dengan cara yang sangat mudah malah lebih menarik melalui web animaker. Bagi permulaan, peserta diberi penerangan web video yang mana lebih sesuai untuk digunakan mengikut isi kandungan yang ingin dibuat. Kemudian petugas menunjukkan web animaker kepada para peserta bagi permulaan untuk membuat video menarik. Mereka diberi tunjuk ajar secara menyeluruh setiap fungsi yang terdapat dalam web animaker. Peserta diarahkan memilih tema video yang mereka suka kemudian mereka diberi masa untuk menyiapkan video tersebut mengikut kreativiti mereka. |