Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan palsu yang menggunakan nama Bank Negara Malaysia untuk meminta maklumat peribadi. Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan anda. Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta sesiapa pun memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga. Bank Negara Malaysia tidak menyimpan wang orang ramai dalam mana-mana akaun.

sumber : bank negara & sebenarnya.my