Ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum
menerima vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022. Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

Walaubagaimanapun, keputusan in tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan telah mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022. Kanak-kanak dalam kategori in boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia