Orang ramai dinasihati untuk terus mengamalkan TRIIS bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19. Lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala dan dapatkan rawatan awal di CAC berhampiran sekiranya daripada golongan berisiko tinggi atau gejala bertambah teruk.

Jangan lupa juga untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada penyakit COVID-19 yang serius.