Talian ini memberikan perkhidmatan psikososial dan pelbagai isu kesihatan mental. Talian ini dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunselor KKKM.

Jika anda belum lagi mahu ke klinik, dan memerlukan bantuan seperti kemurungan, stress, serangan panik dan pelbagai lagi masalah seperti di dalam infografik, anda boleh menghubungi talian 15555.

Talian ini beroperasi daripada jam 8 pagi- 12 tengah malam, setiap hari.

Talian ini juga boleh diakses melalui talian kecemasan 999. Anda boleh meminta operator 999 untuk menyambungkan anda kepada 15555.

Jangan risau. Maklumat anda dirahsiakan. Anda juga boleh berbual dengan pegawai secara anonymous.

sumber : Public Health Malaysia