Sistem urinari berfungsi menapis darah daripada bahan toksik serta menghasilkan bahan kumuh seperti air kencing.

Sistem ini terdiri daripada sepasang buah pinggang, sepasang salur ureter, salur uretra dan pundi kencing.

Jangkitan boleh berlaku melibatkan mana-mana organ tersebut apabila bakteria memasukinya. Namun, jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita kerana mempunyai saluran uretra yang lebih pendek.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan efisien

sumber : KKM