Makanan seperti ikan, daging, ayam, telur dan legum merupakan sumber protein yang baik. Protein merupakan salah satu makronutrien selain lemak dan karbohidrat.

Protein terbentuk daripada 20 jenis asid amino yang bergabung dalam pelbagai kombinasi bagi menghasilkan hormon, antibodi, enzim, hemoglobin dan sebagainya.

Selain itu, protein membantu membakar kalori dan membina jisim otot seseorang.
Oleh itu, orang ramai perlu memastikan pengambilan protein secukupnya dalam hidangan harian mengikut saranan piramid makanan bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan efisien.

Orang ramai dinasihatkan untuk menitik beratkan aspek pemakanan agar kekal sihat sehingga akhir hayat

sumber : KKM