COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan risiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti.
Lima (5) tindakan utama yang boleh dilakukan adalah:
1) Pemakaian pelitup muka mengikut saranan semasa KKM.
2) Melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
3) Melakukan pengasingan kendiri atau menjalani HSO jika positif COVID-19.
4) Mendapatkan rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi yang layak.
5) Digalakkan mengambil vaksin COVID-19 bagi golongan berisiko tinggi
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia