Musim haji untuk tahun ini sudah pun berakhir dan jemaah haji sedang beransur-ansur pulang ke tanah air. Ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai juga tidak sabar menunggu kepulangan para jemaah.
Sebagai persediaan menyambut kepulangan mereka, elok juga kiranya bersikap waspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan para jemaah ini pulang dari jauh dan bertemu sebegitu ramai umat manusia dari seluruh pelusuk dunia.
MERS adalah salah satu penyakit saluran pernafasan yang boleh mengakibatkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome – SARS)
Sekiranya anda bergejala, dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang terdekat dan maklumkan kepada doktor sejarah perjalanan anda ke negara Timur Tengah.
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia