Kemudahan yang terdapat di Kampung Jambu Rias boleh dikatakan 80% lengkap jika dilihat daripada mata kasar. Pelbagai kemudahan telah disediakan termasuklah dari segi kesihatan yang merupakan prasarana penting yang perlu ada dalam setiap kampung.

 

Di sini, penduduk boleh berasa lega dengan adanya Klinik Kesihatan Desa untuk penduduk mendapatkan rawatan kesihatan sebelum dirujuk ke Poliklinik berhampiran. Dua orang Jururawat Masyarakat ditugaskan di kampung ini bagi menangani sebarang kecemasan seperti wanita bersalin, warga emas yang uzur dan sebagainya.

Tambahan pula, klinik desa yang dahulunya hanya bangunan kecil yang diperbuat daripada papan kini sudah ditambah baik menjadi sebuah klinik yang lebih besar dan selesa untuk kegunaan penduduk setempat. Malahan kelengkapan yang lebih mencukupi dan baru tersedia.