Pada 19 November 2017 (Ahad) yang lalu telah berlangsungnya Program Kesihatan anjuran KOSPEN Kg. Jambu Rias dengan kerjasama JKKK KG. Jambu Rias. Program tersebut telah diadakan di dewan Serbaguna Kg. Jambu Rias yang bermula pada 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Melibatkan beberapa pihak seperti Klinik Kesihatan Karak, KOSPEN Kg. Jambu Rias dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias. Program tersebut bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada komuniti daripada golongan kanak-kanak sehingga warga emas bagi mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat beberapa aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh persatuan KOSPEN Kg. Jambu Rias, ceramah kesihatan daripada Klinik Kesihatan karak, tarian zumba, pertandingan badminton, pertandingan seribu langkah dan cabutan bertuah. Pusat Internet 1 Malaysia juga mengadakan beberapa aktiviti seperti kuiz klik dengan bijak (KDB) dan juga E-Waste. Setelah selesai semua aktivti para peserta dan jemputan dijamukan dengan menu masakan sihat.