Nor Fatiha ataupun lebih mesra dipanggil Teha memulakan pernigaan ini setelah beliau berhijrah ke kampung. Bagi menampung perbelanjaan harian dan meringankan tugas suami, beliau bersama-sama memulakan perniagaan dengan memasak beberapa juadah makanan seperti pulut kuning bersama rendang ayam, nasi bajet, nasi ayam, roti jala dan bermacam-macam lagi jenis makanan lain. Beliau juga ada membuat pelbagai jenis aiskrim viral Malaysia.  Sebelum terlibat dengan latihan keusahawan bersama pusat internet, pendapatan bulanan beliau kurang dari RM 800 sebulan.Hal ini kerana beliau tidak mempromosikan perniagaan beliau secara meluas dimedia sosial. Jumlah juadah juga sedikit kerana beliau hanya membuat seorang diri. 

Setelah mengetahui perkhidmatan pusat internet yang menyediakan kelas keusahawan kepada Usahawan setempat, beliau mengikuti kelas keusahawan dan mendapat tunjuk ajar dari petugas PI, beliau mahir menggunakan medium atas talian seperti aplikasi Dashboard Komuniti(My shop), laman sesawang facebook dan whatsapp untuk membuat promosi dan memperkenalkan makanan-makanan yang telah dihasilkan beliau kepada pelanggan diluar kawasan kampung. Pendapatan beliau semakin bertambah dengan pernambahan permintaan daripada ramai pelanggan merata tempat. Kini perniagaan beliau semakin mendapat tempat dihati pelanggan dengan hasil  air tangan beliau untuk dijadikan juadah semasa majlis kenduri, kesyukuran, mesyuarat daripada jabatan di kawasan sekitar. Harga yang beliau tawarkan juga lebih murah berbanding perniaga lain.