Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pihak MCMC berbesar hati untuk turut sama mempromosikan program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Maxis pada 24-25 Ogos 2021. Program ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Strategic Change Management Office (SCMO).
 
Untuk makluman, YBM KKMM dijangka untuk menyampaikan ucapan aluan pada 24 Ogos 2021 jam 9:40 pagi. Maklumat lanjut seperti di pautan dibawah:
 
Promosi :
Jemputan eksklusif untuk anda! Dapatkan “tips” untuk menarik lebih ramai pelanggan. TikTok, Facebook, Google, TV, radio… Kini terdapat pelbagai cara anda boleh melakukan promosi untuk perniagaan anda. Jika anda ingin tahu rahsia usahawan lain yang berjaya menerokai dunia digitalisasi, sertailah persidangan maya Maxis Business Spark UsahaWIRA pada 24 & 25 Ogos. Bonus: Anda juga akan berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai lebih daripada RM4 juta! Pendaftaran percuma adalah terhad, jadi jangan ketinggalan! Cepat daftar di: https://www.maxis.my/SparkWA1
 
p/s : kepada komuniti setempat yang berminat boleh terus membuat pendaftaran melalui link yang tertera di atas.