Latar belakang

Puan Nor Asmawati bte Abdul Rahman atau pangilan mesranya kekne telah memulakan perniagaannya sejak 2017. Beliau menerima tempahan jahitan pelbagai jenis pakaian mengikut peringkat umur..Beliau kini mengusahakan perniagaan pakaian yang dijahit sendiri di rumah dan dijual secara atas talian dan menerima tempahan orang kampung.

Beliau turut menjadi MIV PI Kg Jambu Rias bagi tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan latihan komputer dan keusahawanan di Pusat Internet Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800.00 sahaja Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang terdiri daripada raka-rakan dan saudara mara sahaja selain dariipada kenalan saudara mara beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias, beliau kini sudah mempunyai inisiatif untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian dengan lebih berkeyakinan selepas mengetahui bahawa Pusat Internet memberi banyak kemudahan dan bantuan kepada beliau.Beliau mula memperkenalkan dan mempromosi pakaian yang telah siap dijahit di laman sesawang facebook,untuk memastikan pelanggan tahu mengenai produk yang dijual dan juga melalui aplikasi Whatsapp. Malahan kini beliau berjaya memasarkan produk di web-web barangan jualan atas talian. (seperti Dasgboard-My Shop)