Latar belakang

Muhammad Haris Shah Bin Hairul Razuan merupakan seorang pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Jambu Rias dan merupakan seorang  pengawas pusat sumber. Beliau berasal dari Kampung Lengkong dan merupakan anak sulung dari tiga orang adik- beradik.Beliau seorang pelajar yang aktif di sekolah selain merupakan pemain bola sepak takraw yang mewakili sekolahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau seorang pelajar yang tidak mahir dan kurang kemahiran asas menggunakan komputer kerana tiada kemudahan seperti komputer dirumahnya. Beliau juga kurang diberi pendedahan oleh ibu bapanya hal-hal berkaitan ICT.Beliau juga tidak mengetahui cara mencari maklumat menggunakan internet untuk kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau  merupakan pengguna aktif dan kerap mengunjungi Pusat Internet Kg Jambu Rias selepas Waktu persekolahan.Setelah mengikuti secara aktif kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias setiap Jumaat dan Sabtu, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi kerja-kerja sekolahnya dan mencari maklumat semasa selain mengulangkaji pelajaran menggunakan permainan pendidikan. Beliau juga mempunyai kemahiran asas yang kreatif dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point  selain Microsoft Publisher untuk membuat kad-kad ucapan. Beliau juga sering menyertai petandingan dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Jambu Rias.