Latar belakang

Nur Najirah Bt Muhd Sukeri atau pangilan mesranya Jirah berasal dari Kedah dan kini menetap di Jambu Rias setelah berumah tangga menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan tambahan beliau.Jika sebelum ini beliau membuat perniagaan atas talian dengan menjual pelbagai jenis produk kecantikan, pakaian dan juga tudung, kini beliau menggembangkan lagi perniagaan beliau iaitu menjual pelbagai jenis manisan dan juga makanan barat.Antara manisan yang dibuat seperti brownies,haunted cookiesdan congo bars. Tambahan pula, makanan barat yang beliau sediakan juga seperti swedish meatball, macaroni, salad ayam, ayam kpop dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan kelas  komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 400 sahaja. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu kenalan, saudara mara dan penduduk kampung yang berhampiran kerana cara  hebahan yang kurang berkesan dan juga tidak menyasarkan komuniti dibandar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Jambu Rias mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual.Beliau turut sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau dan juga aktif di aplikasi Whatsapp. selain memasarkan barangan tersebut ke page-page perniagaan.Beliau turut diajar untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memuat naik produk perniagaan beliau ke dalam My Shop.Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten.Hasilnya,pendapatan hasil jualan tersebut semakin meningkat dan menunjukkan banyak peningkatan setelah menjadi ahli PI dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan.