Latar belakang

Abdul Aliff Bin Abdul Latif atau pangilan mesranya Aliff menjadikan perniagaan air balang  sebagai sumber pendapatan beliau. Idea untuk membuka perniagaan air balang ini tercetus semasa PKP yang lalu apabila beliau mula berniaga dengan hanya menjual air botol yang sedia untuk diminum. Ketika itu, beliau hanya menjalankan perniagaan beliau secara penghantaran terus kepada pelanggan dan pendapatan beliau hanya sekitar RM200 sahaja. Namun sejak PKPB, beliau mula membuka gerai kecil ditepi jalan untuk menjual air balang serta produk makanan yang lain seperti keropok kering dan juga kerepek popia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas  komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet  Kg. Jambu Rias, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 400 sahaja. Rata-rata pelanggan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja iaitu kenalan, saudara mara dan penduduk kampung yang berhampiran kerana cara  hebahan yang kurang berkesan dan juga tidak menyasarkan komuniti dibandar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet  Kg Jambu Rias mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual.Beliau turut sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau dan juga aktif di aplikasi Whatsapp. selain memasarkan barangan tersebut ke page-page perniagaan.Beliau turut diajar untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memuat naik produk perniagaan beliau ke dalam My Shop.Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten.Hasilnya,pendapatan hasil jualan tersebut semakin meningkat dan menunjukkan banyak peningkatan setelah menjadi ahli PI dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan.