Latar belakang

Hannah Rose Humairah Bt Khairol Amir adalah seorang pelajar  tadika swasta iaitu BeSmarts Kinderkids di Jalan Kuching Kuala Lumpur. Merupakan anak bongsu daripada 2 adik beradik. Beliau juga merupakan pelajar yang aktif di tadikanya dengan menyertai persembahan budaya dan bercerita. Setiap bulan apabila pulang ke Kampung Sempadan beliau akan datang ke PI untuk mempelajari lebih banyak ilmu ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan kepada komputer dan internet.Jika ingin membuat kerja sekolah, beliau perlu bimbingan sepenuhnya daripada ibu dan juga petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas ICT oleh Pi beliau mula aktif datang ke  pusat internet dan beliau semakin mahir menggunakan komputer. Tambahan pula, ayah beliau menyediakan komputer dirumah dan setiap kali selepas menghadiri kelas ICT di PI, beliau akan mengulang kaji semula dirumah. Tahap pengetahuan dan penguasaan kepada komputer mula meningkat kerana beliau juga seorang pelajar yang cekap,mudah memahami setiap yang diajar dan rajin mengulangkaji semula dirumah.