Latar belakang

Muhammad Danny Fareez Bin Abdullah  adalah seorang pelajar  tahun 6 di Sekolah Rendah Kg. Jambu Rias Merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik. Beliau juga merupakan pelajar yang aktif di sekolahnya dengan menyertai pelbagai pertandingan sukan. Beliau juga kerap ke Pusat Internet Kg. Jambu Rias mengikut rakannya menyertai pelbagai pertandingan,program dan juga kelas yang dianjurkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau kurang mahir menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan kepada komputer dan internet. Beliau agak lemah dalam menaip kerana masih mencari-cari abjad pada keyboard.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah kerap berkunjung ke Pusat Internet Kg. Jambu Rias menyertai pelbagai pertandingan,program dan juga kelas yang dianjurkan, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan semakin cekap menaip. Tambahan pula, PI ada menganjurkan pertandingan menaip pantas dan secara tidak langsung dapat membantu beliau memahirkan lagi menaip dengan lancer. Tahap pengetahuan dan penguasaan kepada komputer juga mula meningkat kerana beliau juga seorang pelajar yang cekap dan mudah memahami setiap yang diajar.