Latar belakang

Nurul Jannah Gazali atau panggilan mesranya Jannah menjadikan perniagaan produk makanan sebagai sumber pendapatan beliau. Beliau merupakan seorang suri rumah yang  mempunyai anak seramai 2 orang. Beliau telah menceburi bidang perniagaan menjual FNJ Sweet ChocoRice hampir 4 tahun. Sebelum ini, Jannah hanya membuat perniagaan secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual di sekitar kawasan kejiranan. Menyedari dengan potensi perniagaan beliau yang semakin berkembang dan mendapat sambutan yang baik, beliau kini berjaya meluaskan perniagaan dengan pengambilan agent dan stokis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, Pendapatan beliau hanya sekitar RM500 sebulan. Ketika itu, beliau hanya memasarkan produk dengan menghantar ke kedai-kedai runcit dan mengiklankan  di group whatsapp komuniti karak. Kebanyakan pelanggan beliau hanyalah disekitar kampung yang berdekatan dan menjalankan perniagaan secara penghantaran terus kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, beliau mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual. Beliau telah memasarkan produk ke dalam Shopee, Instagram, Facebook dan Whatsapp. Beliau sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook milik beliau dan juga aktif di aplikasi Whatsapp. Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten. Hasilnya, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dengan pengambilan agent dan stokis untuk memasarkan lagi perniagaannya. Secara tidak langsung, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.