Latar belakang
Ainunnazirah Binti Ahmad Tajuddin atau panggilan mesranya Azira menjadikan perniagaan produk makanan sebagai sumber kedua pendapatan beliau. Beliau merupakan seorang pekerja kakitangan swasta di Kolej Yayasan Pahang Advance Skill, karak. Untuk mencari sumber pendapatan lebih tanpa mengganggu prestasi kerja di pejabat, Aazira telah mengambil inisiatif dengan melakukan perniagaaan secara atas talian. Produk yang dijual oleh beliau adalah Produk makanan berjenama Chemilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, Azira hanya aktif di Facebook dan Whatsapp dalam memasarkan produk Chemilan. Azira sentiasa mengemaskini facebook agar dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk beliau. Walau bagaimanapun, Azira masih kurang mahir dalam menggunakan pemasaran di Facebook seperti cara membuat FB Live. Selain itu, Azira masih belum mencuba menggunakan platform Shopee untuk mengembangkan lagi perniagaan atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, Azira bertambah mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual. Sebelum ini, Azira hanya memasarkan produk ke dalam platform Instagram, Facebook dan Whatsapp. Kini, beliau sudah mula berjinak-jinak dalam menggunakan platform Shopee hasil daripada mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Azira tidak segan silu bertanyakan kepada petugas dan sentiasa bersemangat untuk belajar perkara baharu. Beliau dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pemasaran perniagaan yang lebih berkesan dan mampu mengaplikasikannya dengan konsisten. Hasilnya, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dengan pengambilan agent dan stokis dan secara tidak langsung, telah membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.