Latar belakang
Imirus Bin Baser merupakan pengarah urusan bagi syarikat Imirus Trading yang mana mengusahakan perniagaan produk makanan kering yang sudah semestinya buatan muslim dan dijamin halal 100%. Antara produk MAIRUS dikeluarkan adalah fucuk kering campur suhoon, kari ikan serbaguna, tepung goreng serbaguna, taucu dan ikan pekasam. Perniagaan ini diusahakan bersama-sama isterinya Maimunah Binti Zulkifli dan mempunyai 2 orang pekerja untuk membantu membuat proses fucuk dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dalam kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet kg. Jambu Rias, En. Imirus dan isterinya lebih memfokuskan kepada perniagaan secara 2 hala iaitu dengan menghantar ke kedai-kedai runcit dan pasaraya. Selain kawasan Pahang, produk keluaran Mairus turut berada di negeri-negeri lain seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, promosi di media social dan platform E-Dagang juga amat penting bagi pelanggan lebih cepat mengenali produk keluaran Mairus. Hal ini terjadi apabila En. Imirus masih kurang mahir dalam menggunakan pemasaran di media sosial dan E-dagang seperti Shopee, Facebook dan Instagram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas keusahawan dan kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Jambu Rias, En. Imirus dan isterinya mula mahir menggunakan teknologi maklumat sebagai medium memasarkan dan mengetengahkan produk yang dijual. Beliau telah memasarkan produk ke dalam Shopee, Instagram, Facebook dan Whatsapp. Beliau sentiasa mengemaskini iklan-iklan di facebook dan juga aktif di aplikasi E-Dagang, Shopee. Beliau turut mengaplikasikan pengetahuan teknik-teknik pengiklanan yang berkesan yang di pelajarinya dengan konsisten. Hasilnya, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dan pelanggan lebih mengenali produk berjenama MAIRUS yang merupakan keluaran muslim dengan lebih cepat.