Latar belakang

Puan Zainab Binti Uzae merupakan seorang guru KAFA yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak. Beliau berasal daripada Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Kg Lengkong, Karak. Pada tahun 2021, beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda jurusan pengajian Islam di Open Universiti Malaysia (OUM) cawangan Kuala LIpis, Pahang.  Puan Zainab selalu datang ke PEDi untuk mempelajari lebih banyak ilmu ICT dan menggunakan perkhidmatan yang PEDi sediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Zainab kurang mahir dalam penggunaan komputer menyebabkan kerja-kerja pengajaran dan pelajaran beliau agak terbatas untuk disiapkan. Beliau juga menghadapi kesukaran dalam menggunakan Microsoff Power Point untuk membuat slide pembentangan sebagai persediaan kursus yang beliau perlu dihadiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasil daripada kekerapan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, beliau telah berjaya menguasai Microsoft Word, Power Point dan Excel yang mana sangat membantu dalam menyiapkan tugasan – tugasan beliau sebagai  seorang guru KAFA malahan seorang penuntut ijazah sarjana muda. Selain penguasaan penggunakan komputer, beliau juga telah semakin mahir dalam menggunakan internet sebagai medium pembelajaran sebagai contoh membuat kelas atas talian bersama murid-murid KAFA.