Latar belakang

Puan Siti Aisyah Binti Talib merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai dua orang anak, juga mudah di sapa sebagai Ecah.  Beliau  kerap datang ke PEDi untuk menggunakan komputer untuk menaip surat, membuat kad, catatan kerja anak serta pelbagai lagi kerja lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Aisyah sebelum ini kurang mahir dalam penggunaan komputer menyebabkan beliau kurang yakin untuk membuat kerja-kerja menaip dan melayari internet bagi mencari maklumat. Beliau memerlukan sepenuhnya tunjuk ajar dan bimbingan daripada petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah beliau kerap mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, beliau semakin lancar menaip, menggunakan Microsoft Word serta Excel. Selain penguasaan penggunakan komputer, beliau juga telah semakin mahir dalam menggunakan internet sebagai medium mencari maklumat-maklumat yang diperlukan serta beliau juga mahir menggunakan Canva dan posterMywall bagi membuat kad,poster dan resume.