Latar belakang

Puan Hazizah Binti A.Wahab atau senang disapa Kak Ijan merupakan seorang usahawan bimbingan IKS.  Beliau  kerap berkunjung ke PEDi bagi menggunakan perkhidmatan di PEDi seperti komputer untuk menaip invoice order, menaip surat, agenda mesyuarat dan banyak lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Hazizah sebelum ini kurang mahir dalam penggunaan komputer menyebabkan beliau kurang yakin untuk membuat kerja-kerja menaip. Beliau masih kekok menggunakan papan kekunci dan tertikus. Apabila beliau ada tugasan yang perlu dibuat, beliau akan datang ke PEDi bagi meminta tunjuk ajar dari petugas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Apabila beliau dilantik menjadi Setiausaha JPKK Kg. Lengkong, beliau kerap berkunjung ke PEDi bagi meminta tunjuk ajar dari petugas bagi menyiapkan laporan bulanan JPKK, menaip surat dan juga agenda minit mesyuarat. Setelah kerap membuat kerja menaip di PEDi, kini beliau sudah mahir menggunakan papan kekunci dan lancar jika menaip tugasan. Petugas kini hanya perlu memantau dan menyemak hasil kerja beliau andai tersalah format.